Sunday, March 31, 2013
toink3!!!
Antara persoalan yang timbul ketika SEMINAR FENOMENA UMAR, 31/03/2013,
Bangunan GMI, Bangi Selangor..
SALAH ka tengok cerita korea???
tengok kejap2 jer.. time masa lapang jer..^_^
apa yang ustaz tue kata: In'nal insa na la fiqus..(surah al-Asr:2) ..sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.. =)
***toink3...
itulah jawapan untuk kita muhasabah kembali.. ada ke keuntungan dri movie korea ni? ok, andai ada, cer kasi apa pengajaran yang dapat dari menonton movie ni?? adakah movie ni membawa lebih kebaikan daripada keburukan ...
ok.. nak kasi 1 analogi.. cer bayangkan
terdapat seorang ibu tunggal, yang sangat penyayang memberi duit belanja kepada anknya, minah sambil berkata, "minah, mak bagi kamu rm50 ni, guna duit ini baik2,, beli buku rujukan. kalau tak cukup, bagitau mak na sayang..".. minah pun terima dengan berkata, "baik mak, minah berjanji akan belajar rajin2.. dapat keputusan periksa tinggi.. dapat kerja.. minah nak balas jasa mak".. dengan penuh kasih, si ibu memberi duit tersebut kepada minah dengan harapan anaknya dapat belajar rajin2,, dengan sempurna kelengkapannya..namun begitu, tanpa pengetahuan ibunya, minah sebenarnya telah memperuntukkan duit tersebut untuk membeli duit topup, untuk ber'gayut' dengan pakwe nye.. tiada sesen pun minah peruntukkan untuk membeli buku rujukan seperti yang dijanjikannya kepada ibunya..
ok..secara logiknya. andai sahbat2 berada pada tempat si ibu, apakah perasaan kalian andai kalian mengetahui tindkan anak yang sangat dicintai ini?? gembirakah?? atau terujakah, kerana anak kita dah ada pakwa?? ...
OK..cuba bayangkan, andai minah tu kita... Allah dah bagi kita macam2.. banyak sangat nikmat yang tak terkira.. dan memang TAK MAMPU untuk dikira.. nikmat makan, tidoq, ada otak untuk belajar, nikmat keluarga, nikmat mata untuk melihat, nikmat telinga untuk mendengar. dan yang PALING UTAMA adalah Allah dah lahirkan kita sebagai seorang MUSLIM.. kita pun tahu, tiket ke syurga adalah mengucap dua kalimah syahadh.. SAYANG tak ALLAh kat kita?? TAPI....
apa yang kita buat sebagai tanda BALASAN CINTA kita kepada Allah?? adakah dengan menonton movie korea dapat menambahkan tahap keCINTAan kita kepada Pencipta KITA?? adakah dengan UPDATE FESBUKING sokmo dapat meningkatkan lagi iman kita?? jika YA, silakan lah kalian untuk berbuat demikian.. MUNGKIN inilah langkah kalian untuk menambahkan lagi TAHAP KECINTAAN kita kepadaNYA.. ^_^
Saturday, December 3, 2011
kenangan TELEFON ke2
Friday, November 25, 2011
1433
usia yang semakin bertambah..

Tuesday, August 16, 2011
BeruBah...
Monday, July 18, 2011
daurah akhwat ketiga..
- Memahami hakikat kebesaran Allah s.w.t
- Menyedari tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t melalui penciptaan alam dan manusia
- Melahirkan rasa syukur atas kebesaran dan nikmat-nikmatNya
- Mengeratkan hubungan ukhwah sesama akhwat
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad, seperti berikut:
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung."
Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram dengan air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Begitulah apa yang disampaikan oleh Kak ina.. subhanallah..jika kita betui2 hayati hadis ni, mesti kita tergerak nak menderma lepas habis baca kan??=).. tak kan tak mau jadi orang yang hebat kot??=).. takpa2..yang penting bukanlah kuantiti banyaknya jumlah yang kita sedekahkah, tapi, niat yang Allah timbangkan.. even bukan dengan harta, cukuplah dengan tenaga khudrat yang ada.. senyum..=)..membuang duri di jalanan.. membantu famli..tolong mak masak..tolong ayah perbaik motor..eh bolehkah?? hihihi
3. perkongsian ringkas
Kak ina juga minta pandangan dari akhwat2 berkenaan pengisian hari ini... Ukhti Zafirah, seorang akhwat yang sangat banyak bacaannya berkongsi dengan lain bahan bacaannya... Kak Zafirah membawa kami semula ke alam maya...
"Cuba antuna fikirkan.. antara nyamuk dan harimau, yang mana lebih hebat?", dia memulakan bicara...
semua diam sejenak..memikirkan jawapan masing2..
"Mungkin kita kata, Harimau..sebab dia besaq..sekali baham, habis kita sorang dia telan..", dengan nada jenaka..
"Nyamuk..kecik ja..hisap darah ja pun..sekali tampar, Innalillah",dia meneruskan kata..
~
TAPI...
"cuba antuna bilang2 la.. dalam setahun..berapa banyak jumlah mencatatkan kematian manusia berpunca dibaham oleh harimau??? ", berhenti sekejap dan meneruskan bicaranya, "dan, berapa pula jumlah kematian tercatat berpunca dari nyamuk??"...huh...terpana dan terkesima...dan dalam diam, hati ini berkata, "a'a la..."...
YA!!! itulah hakikatnya.. betapa hebatnya sang Nyenyamuk ini...
walaupun, badannya kecik, berganda2 kecik dari sang Harimau,
namun, dia mampu membunuh ramai manusia dalam setahun cuma..
YA!!! subhanallah... sungguh hebat ciptaanNya..
mampu menyedarkan manusia yang mungkin terlupa..
namun, sungguh jarang manusia yang mengambil iktibar
darinya...termasuklah diri ini..
lupa..tak tahu..itu bukanlah alasan... banyak2lah berfikir tentang
penciptaanNya wahai diri yang selalu alpa dan leka..
dengan nikmat yang sementara...
Kak Zafirah ada juga berkongsi tentang salah satu topik yang dibincangkan dalam buku penulisan Harun Yahya..berkenaan cara seekor nyamuk menghisap darah manusia...
1)...mula2 Cik Nya akan mencari pemangsanya..
2)...kemudian, bila sudah ketemui pemangsanya dan lokasi untuk tapak semaian,Cik Nya akan memanjangkan SYRINGEnya..dan cuba membenamkan jarum Syringenya kedalam lokasi yang dipilih secara perlahan2..dalam pada masa yang sama, di luar Syringenya ada sejenis cecair..yang dipanggil UBAT BIUS...
3)...fungsi UBAT BIUS tersebut adalah sebagai langkah pencegahan dari kehadirannya disedari oleh Pemangsa..
4)...setelah kekenyangan(tuepun kalau sempat kenyang sebelum terkena Penampar Pemangsa), Cik Nya akan berterbangan riang di ruang udara..
5)...setelah UBAT BIUS yang telah Cik Nya INJECTkan kepada pemangsa tadi habis, barulah Pemangsa akan sedar bahawa, terdapat bintik merah di lokasi yang Cik Nya pilih tadi
6)...begitulah caranya...
hurmm...HEBATKAN??? subhanallah..Allahu akbar...
**tak tau pun tentang Cik Nya ada UBAT BIUS..patutla kita tak dak feeling langsung masa Cik Nya menhisap darah kita..tapi, kalau ada yang mempunyai feeling time Cik Nya sedang dalam proses menghisap darah, for sure UBAT BIUS Cik Nya dah all out..huhu..Kesian Cik Nya..tak sempat nak sedut, dah dapat tepuk manja dari Pemangsanya..**
***sekali lagi, ayat hiperbola di atas hanya ditambah2 sahaja..
4. ibadah pertama yang dianjurkan untuk kita laksanakan
setelah seronok bercerita mengenai kisah sang Nyenyamuk dan Sang Harimau.. Kak zafirah meneruskan bicaranya mengenai sirah Rasulullah SAW..
Tau dak apa ibadah pertama yang Allah anjurkan kat kita sebelum sembahyang???
tau??
apa???
=)
...IBADAH BERFIKIR....
pertanyaan di sini adalah.. apa yang Rasulullah buat sendirian kat dalam Gua Hira' sebelum baginda mendapat Wahyu pertamanya?? bermalam2 Rasulullah spent masa Baginda dalam Gua tu sorang2..baginda buat apa ya??
Bermain2kah?
Berseronok2kah??
Bermakan2kah??? ~
Beribadah..YA!! Rasulullah beribadah di situ..TAPI...Ibadah apa yang Baginda laksanakan?
Solat?? Jelas bukan, kerana Rasulullah belum mendapat perintah untuk solat pada masa itu..
Puasa?? Lagila bukan..sebab puasa belum lagi disyariatkan pada masa sebelum Rasulullah mendapat wahyu..
YA!!! Rasulullah BERFIKIR... Setiap hari baginda berulang-alik dari rumah baginda dan meluangkan malam dan harinya di dalam Gua Hira' sebab Rasulullah nak jauhkan dirinya dari kejahilan masyarakat d sekelilingnya.. Baginda mahukan suasana yang tenang untuk baginda dapat berfikir mengenai kekuasan penciptaan Tuhan.. Walaupun pada masa itu baginda belum lagi diberikan wahyu..
Bukan itu sahaja, Nabi Ibrahim turut sama melaksanakan ibadah Berfikir sebelum baginda diutuskan menjadi Rasul.. seperti yang tercatit di dalam al-Quran, tentang kisah Nabi Ibrahim mencari Tuhannya..(al-An'am; 75-79)..akhirnya, baginda berjaya mendapat jawapan kepada persoalan yang dicari selama ini, iaitu, tuhannya adalah Allah Yang Esa, yang menciptakan Langit dan Bumi...
Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang
menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada
agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk
orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.(al-An'am;79)
Subhanallah...Alhamdulillah..walaupun pertemuan yang singkat, namun, pelbagai input yang diperoleh dari program ni..Kepada yang membaca post kali ini, Assif Jiddan, hanya ini yang dapat dikongsi bersama antuna.. Syukran jazilan atas sokongan..dan semoga memberi manfaat bersama..terutama pada diri ini sendiri..kerana mata yang membaca dan jari yang sedang mengetik pada keyboard lebih dekat dengan diri ini sendiri...
Wallahualam...^^
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Al-'Imran;190-191)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
CAHAYA KEIMANAN ADALAH BERFIKIR. JIKA KITA INGIN
KEIMANAN KITA BERSINAR DI DALAM HATI,
BERFIKIRLAH TENTANG MAKHLUK ALLAH,
KERANA CAHAYA KEIMANA ITU ADALAH BERFIKIR..
~'Amir ibn 'Abd Qays~
~(^_^)~