perjalanan yang masih jauh-menuju destinasi yang indah

Monday, July 18, 2011

daurah akhwat ketiga..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Sang Pencipta, Rabbul Izzati.. dengan Limpah rahmat dan kasih sayangNya.. Dia masih memilih hati ini untuk bersama-sama menyertai Daurah Akhwat yang ketiga pada 15hb Julai yang lalu...

Alhamdulillah..

kali ini, Daurah bukan lagi di dalam bilik konkrit seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Hari ini kami berdaurah di Tasik Jitra..

sedikit perkara lucu terjadi sebelum sempat saya bertemu akhwat2 lain..

begini ceritanya..

sesampai di tempat parking motor, kelihatan sekumpulan akhwat
yang tersangatlah ramai sedang berkumpul membuat bulatan
yang amat comel..^^.. terpana sebentar, bukan kerana terpandang
jejaka idaman..hik2..(main2 kay..)..terpana kerana terkejut melihat
bilangannya... tersangatlah ramai... tak terkira oleh DUA TANGAN..=>..
dari kejauhan, di selubuk hati terdetik...
"betuika akhwat2 kedah nie?? ramai bebenor??"..
tapi, dalam percaya tak percaya, kaki ini terus melangkah jua..
sambil kepalanya terjengui2 mencari gerangan Kak Fatyha..
"Kak Fatyha..dimanakah kamu??" kata si hati...
kaki demi kaki melangkah, jarak semakin menghampiri.. telefon di dalam
beg dikecapi, dan cuba menghubungi Kak Fatyha..
Namun.. ternyata gagal..huhu.. mungkin kak Tyha tengah busy ni...
cuba lagi..namun, gagal jugak..
"Jangan putus asa"..
cuba bertanyakan dua orang akhwat di situ... salam diberi..
"nak tanya boleh? ni mai dari mana ya?", sambil terukir senyuman di
bibir..tanda shy2 cat..=)
seorang antara mereka menjawab dengan manisnya.."INSANIAH."
SAH!!! TERSALAH KUMPULAN!!! huhuhu
ucapan terima kasih diucapkan atas tanda jawapan yang diberi..
sambil senyum, melangkah pergi kerana tidak mahu memalukan diri
lagi..huhuhu

sejurus itu, pantas telefon cuba mendail seorang lagi akhwat upsi.. yana...
selepas cari dan terus mencari, jumpa jugak dengan akhwat sorang nie..
rupanya..crita yana lagi best.. dia JOIN terus grup Insaniah tadi.. siap buat Warm Up
lagi..hek2..

ok...kembali kepada fokus UTAMA...

objektif daurah kali ini adalah
  • Memahami hakikat kebesaran Allah s.w.t
  • Menyedari tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t melalui penciptaan alam dan manusia
  • Melahirkan rasa syukur atas kebesaran dan nikmat-nikmatNya
  • Mengeratkan hubungan ukhwah sesama akhwat
subhanallah...
mcm2 dapat hari ini..

1.nikmat ukhuwah..
bertambah lagi kenalan pada hari ini.. walaupun tidaklah ramai sangat yang hadir pada daurah kali ini, tapi, cukuplah untuk menambahkan kenalan akhwat kedah.. datang dari pelbagai institusi, sekolah, matrikulasi, namun, tujuan yang yang satu, Ila Mardatillah.. takpe2 yang penting, kualiti ye.=)..Hope to see u again..

2. pengisian
alhamdulillah...
pengisian dimulakan dengan bismillah..=).. diteruskan dengan terjemahan beberapa dalil dari Kitab Kalamullah... pengisian kali ni diberikan oleh Kak Ina,seorang isteri dan juga ibu kepada dua orang mujahid,dan juga pengurus tadika di Changlun.

Kak Ina mengajak kami untuk sama2 berfikir sejenak...sambil memandang ke arah Tasik buatan di hadapan kami...beserta deru angin yang menyapa..dia bertanya..
"bagaimana perbezaan cara penghayatan seorang mukmin dan seorang yang tak beriman terhadap alam di sekitarnya?"

masing2 mendiamkan diri..berfikir..hurmm...diam..sama2 bermuhasabah.. bagaimana pula dengan diri agaknya???

itulah hakikat manusia..lupa tika bahagia, dan ingat tika duka melanda.. namun, Dia tidak pernah menjauhkan diriNya..tetap bersama hambaNya walaupun hambaNya terang2an bermaksiat di bumi milik ciptaanNya sendiri.. nauzubillah...

kemudian, Kak ina berkongsi tentang kronologi2 penciptaan bumi...
"Pernah dengar tak tentang kisah penciptaan di bumi ni?", soal Kak Ina kepada semua..

pakat2 diam lagi..hihi..memikirkan idea....hik2.. Kak Ina pun menjawab..
cerita di bawah ni, ambik dari blog orang lain ya..sebab tak tau nak cerita macam mana..tapi, kisah penceritaan yang disampaikan oleh Kak Ina sejibik dengan Cerita di bawah nie..=)

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad, seperti berikut:

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung."

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram dengan air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.


Begitulah apa yang disampaikan oleh Kak ina.. subhanallah..jika kita betui2 hayati hadis ni, mesti kita tergerak nak menderma lepas habis baca kan??=).. tak kan tak mau jadi orang yang hebat kot??=).. takpa2..yang penting bukanlah kuantiti banyaknya jumlah yang kita sedekahkah, tapi, niat yang Allah timbangkan.. even bukan dengan harta, cukuplah dengan tenaga khudrat yang ada.. senyum..=)..membuang duri di jalanan.. membantu famli..tolong mak masak..tolong ayah perbaik motor..eh bolehkah?? hihihi

3. perkongsian ringkas

Kak ina juga minta pandangan dari akhwat2 berkenaan pengisian hari ini... Ukhti Zafirah, seorang akhwat yang sangat banyak bacaannya berkongsi dengan lain bahan bacaannya... Kak Zafirah membawa kami semula ke alam maya.....

"Cuba antuna fikirkan.. antara nyamuk dan harimau, yang mana lebih hebat?", dia memulakan bicara...

semua diam sejenak..memikirkan jawapan masing2..

"Mungkin kita kata, Harimau..sebab dia besaq..sekali baham, habis kita sorang dia telan..", dengan nada jenaka..

"Nyamuk..kecik ja..hisap darah ja pun..sekali tampar, Innalillah",dia meneruskan kata..

~~

TAPI...

"cuba antuna bilang2 la.. dalam setahun..berapa banyak jumlah mencatatkan kematian manusia berpunca dibaham oleh harimau??? ", berhenti sekejap dan meneruskan bicaranya, "dan, berapa pula jumlah kematian tercatat berpunca dari nyamuk??"...huh...terpana dan terkesima...dan dalam diam, hati ini berkata, "a'a la..."...


YA!!! itulah hakikatnya.. betapa hebatnya sang Nyenyamuk ini...

walaupun, badannya kecik, berganda2 kecik dari sang Harimau,

namun, dia mampu membunuh ramai manusia dalam setahun cuma..

YA!!! subhanallah... sungguh hebat ciptaanNya..

mampu menyedarkan manusia yang mungkin terlupa..

namun, sungguh jarang manusia yang mengambil iktibar

darinya...termasuklah diri ini..

lupa..tak tahu..itu bukanlah alasan... banyak2lah berfikir tentang

penciptaanNya wahai diri yang selalu alpa dan leka..

dengan nikmat yang sementara...

Kak Zafirah ada juga berkongsi tentang salah satu topik yang dibincangkan dalam buku penulisan Harun Yahya..berkenaan cara seekor nyamuk menghisap darah manusia...

1)...mula2 Cik Nya akan mencari pemangsanya..

2)...kemudian, bila sudah ketemui pemangsanya dan lokasi untuk tapak semaian,Cik Nya akan memanjangkan SYRINGEnya..dan cuba membenamkan jarum Syringenya kedalam lokasi yang dipilih secara perlahan2..dalam pada masa yang sama, di luar Syringenya ada sejenis cecair..yang dipanggil UBAT BIUS...

3)...fungsi UBAT BIUS tersebut adalah sebagai langkah pencegahan dari kehadirannya disedari oleh Pemangsa..

4)...setelah kekenyangan(tuepun kalau sempat kenyang sebelum terkena Penampar Pemangsa), Cik Nya akan berterbangan riang di ruang udara..

5)...setelah UBAT BIUS yang telah Cik Nya INJECTkan kepada pemangsa tadi habis, barulah Pemangsa akan sedar bahawa, terdapat bintik merah di lokasi yang Cik Nya pilih tadi..kesedaran ini dirasai melalui deria rasanya..iaitu KEGATALAN di lokasi tersebut..

6)...begitulah caranya...

hurmm...HEBATKAN??? subhanallah..Allahu akbar...

**tak tau pun tentang Cik Nya ada UBAT BIUS..patutla kita tak dak feeling langsung masa Cik Nya menhisap darah kita..tapi, kalau ada yang mempunyai feeling time Cik Nya sedang dalam proses menghisap darah, for sure UBAT BIUS Cik Nya dah all out..huhu..Kesian Cik Nya..tak sempat nak sedut, dah dapat tepuk manja dari Pemangsanya..**

***sekali lagi, ayat hiperbola di atas hanya ditambah2 sahaja..

4. ibadah pertama yang dianjurkan untuk kita laksanakan

setelah seronok bercerita mengenai kisah sang Nyenyamuk dan Sang Harimau.. Kak zafirah meneruskan bicaranya mengenai sirah Rasulullah SAW..

Tau dak apa ibadah pertama yang Allah anjurkan kat kita sebelum sembahyang???

tau??

apa???

=)

...IBADAH BERFIKIR....

pertanyaan di sini adalah.. apa yang Rasulullah buat sendirian kat dalam Gua Hira' sebelum baginda mendapat Wahyu pertamanya?? bermalam2 Rasulullah spent masa Baginda dalam Gua tu sorang2..baginda buat apa ya??

Bermain2kah?

Berseronok2kah??

Bermakan2kah??? ~~

Beribadah..YA!! Rasulullah beribadah di situ..TAPI...Ibadah apa yang Baginda laksanakan?

Solat?? Jelas bukan, kerana Rasulullah belum mendapat perintah untuk solat pada masa itu..

Puasa?? Lagila bukan..sebab puasa belum lagi disyariatkan pada masa sebelum Rasulullah mendapat wahyu..

YA!!! Rasulullah BERFIKIR... Setiap hari baginda berulang-alik dari rumah baginda dan meluangkan malam dan harinya di dalam Gua Hira' sebab Rasulullah nak jauhkan dirinya dari kejahilan masyarakat d sekelilingnya.. Baginda mahukan suasana yang tenang untuk baginda dapat berfikir mengenai kekuasan penciptaan Tuhan.. Walaupun pada masa itu baginda belum lagi diberikan wahyu..

Bukan itu sahaja, Nabi Ibrahim turut sama melaksanakan ibadah Berfikir sebelum baginda diutuskan menjadi Rasul.. seperti yang tercatit di dalam al-Quran, tentang kisah Nabi Ibrahim mencari Tuhannya..(al-An'am; 75-79)..akhirnya, baginda berjaya mendapat jawapan kepada persoalan yang dicari selama ini, iaitu, tuhannya adalah Allah Yang Esa, yang menciptakan Langit dan Bumi...

Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang

menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada

agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk

orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.(al-An'am;79)

Subhanallah...Alhamdulillah..walaupun pertemuan yang singkat, namun, pelbagai input yang diperoleh dari program ni..Kepada yang membaca post kali ini, Assif Jiddan, hanya ini yang dapat dikongsi bersama antuna.. Syukran jazilan atas sokongan..dan semoga memberi manfaat bersama..terutama pada diri ini sendiri..kerana mata yang membaca dan jari yang sedang mengetik pada keyboard lebih dekat dengan diri ini sendiri...

Wallahualam...^^

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

(Al-'Imran;190-191)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

CAHAYA KEIMANAN ADALAH BERFIKIR. JIKA KITA INGIN

KEIMANAN KITA BERSINAR DI DALAM HATI,

BERFIKIRLAH TENTANG MAKHLUK ALLAH,

KERANA CAHAYA KEIMANA ITU ADALAH BERFIKIR..

~'Amir ibn 'Abd Qays~

~(^_^)~