perjalanan yang masih jauh-menuju destinasi yang indah

Thursday, January 8, 2015

tahun 2015 yang sangat MENCABAR!!

Subhanallah.. terkejut juga...

kenapa dipilih untuk berada di Medan KL

Medan yang pernah didengari dari akhwat Kedah bahawa Medan KL hebat2 belaka.. 

Dapat result posting, tak terfikir langsung bahawa akan dipostingkan di Selangor, tapi menetap di KL..hohoh

Rumah akhwat di tingkat 8 yang di hadapan pintunya dihiasi dengan pasakan dua  bangunan berkembar yang tinggi,..

Di belakangnya pula terdapat kolam air yang sangatttt besar.. kolam bukan untuk  mandi.. tapi.. kolam yang akan memproses air k**mb*h*n untuk diminum..haha

Dunia Dakwah dan Tarbiyah di sini juga sangattttttt gencar.. sampaikan tak terikut juga dengan arus derasnya..

Tahun 2015.,,.

diberi tugasan yang agak banyak juga.. yang memerlukan pengurusan masa dan tenaga yang sangat taktikal..
jadi..nak tak nak.. kena juga buat!!

Nak jadi orang yang hebat, kita kena hebat melawan arus keselesaan..

MEDIA KRIM NASIONAL- murobbiyah kata.. takpe.. teruskan dlu.. sebenarnya.. inilah Pilihan Allah untuk enti.. Allah tahu enti mampu buat, sebab tu Dia pilih enti untuk berada di situ..
"Walhal dalam hati, terasa berat sangat!.. Menjadi AJK pusat, bukan lah mudah.. Setiap minggu ada wajib datang meeting.. setiap minggu pasti akan ada benda di soal berkenaan peranan media dalam KRIM.. ditambah dengan KLS.. semua ini agak baru juga,.. banyak benda yang perlu dipelajari.. YANG PASTI!! ALLAH MAHA MENGETAHUI!!.. nakkan syurga, bukanlah dengan menghafal huruf A, B, C.. tapi, kita akan diuji dengan pelbagai dugaan.. pernah juga menangis kerana kesilapan diri.. Sikap bertangguh kadang2 membuatkan diri ini sakit sendiri..  tiada salah orang lain.. tapi.. salah diri sendiri.."

TARBIYAH- diusrah dan mengusrahkan.. juga dua perkara yang memerlukan mujadahah. untuk melawan nafsu untuk terus tsabat dalam dakwah.. tak boleh, kita nak diusrahkan sahaja.. tapi, xmau mengusrahkan orang.. kita xakan berubah level jika berubah diri sendri sahaja. tanpa cuba mengajak orang lain memperbaiki diri.. semoga tahun 2015, lebih baik dari 2014.. nak jadi murobbiyah hebat!!

GURU- Amanah yang sangat besar selain sebagai dai'e..tahun 2015  diberi tanggungjawab sebgai guru data.. guru pj.. dan matematik... insyaAllah.. akan cuba untuk menjadi guru muslim cemerlang!!!


AZAM 2015~ SEMOGA TAHUN INI MENDIDIK DIRI JADI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA!!!

..masalah is a trial not a problem..

bismillah...

apa la yang saya nak cakap nie??? huhuhu....

MASALAH IS A TRIAL NOT A PROBLEM...

selalu dengar orang mengeluh...
  • tak habes2 dengan masalah..
  1. masalah tak dak duit..
  2. masalah assignment yang berlambak..
  3. masalah dengan kawan2..
  4. masalah bla bla bla..
rungutan demi rungutan terpacul di bibir mulut... mengenangkan masalah yang menimpa badan.. sudah nama pun masalah.. jadi kenalah selesaikan.. macam2 cara mereka ambil utk selesaikannya... tapi.. ada yang sukses ada yang fail.. sabar ye.. namun begitu...yang paling menyedihkan adalah ada yang membuat keputusan untuk mencabut nyawa pemberian Tuhan bila merasakan masalah yang mereka hadapi tue, betul2 tak dapat nak hadapi dengan emosi dan spiritual yang tenang... nauzubillah.. yang paling ketara adalah golongan ini terdiri daripada kaum2 hawa yang kepatahan hati akibat keputusan cinta dengan cowoknya..

hhhmmm...(saya sedang mengeluh sekarang)
itulah kawan2.. saya nak mengajak diri ini dan kawan2 untuk always be a positive person..
what do u mean no**d??
insyaAllah..jadilah kita orang yang sentiasa berfikiran positif...iaitu manusia yang melihat segala masalah yang dihadapinya sebagai ujian ataupun trial yang perlu diselesaikan dengan akal fikiran dan bukannya nafsu untuk mematangkan lagi pemikiran kita... jika kita memandang masalah sebagai problem keluhan sajalah yang terpacul dari mulut kita tanpa penyelesaian yang benar...

sahabatku...

sedarilah...hidup ini Allah jadikan sebagai ujian...

















Bagi para pejuang ad-din pula, saya harapkan semoga kalian masih tegar dalam dunia dakwah ini... saya pun..harapnya dapat memantapkan lagi momentum untuk bergerak mulai saat ini..semoga Allah beri kekuatan, ilham dan kekuatan untuk diri ini..amin...

di sini, saya serta bersama sekeping@sesebaris@sepotong ayat untuk motivasi kita bersama...


Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan,
ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan...
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat.
Mereka tepu dengan masalah dan ujian.
Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
lambang kekerdilan kudrat hamba.
Berdepan dengan 'belaian' PENCIPTA, sebagai tanda ingatan-Nya.
Semoga ditabahkan hati dalam menghadapi ujian-Nya.
Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya.

Sunday, March 31, 2013

toink3!!!


Antara persoalan yang timbul ketika SEMINAR FENOMENA UMAR, 31/03/2013,
Bangunan GMI, Bangi Selangor..

SALAH ka tengok cerita korea???
tengok kejap2 jer.. time masa lapang jer..^_^

apa yang ustaz tue kata: In'nal insa na la fiqus..(surah al-Asr:2) ..sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.. =)
***toink3...

itulah jawapan untuk kita muhasabah kembali.. ada ke keuntungan dri movie korea ni? ok, andai ada, cer kasi apa pengajaran yang dapat dari menonton movie ni?? adakah movie ni membawa lebih kebaikan daripada keburukan ...


ok.. nak kasi 1 analogi.. cer bayangkan
terdapat seorang ibu tunggal, yang sangat penyayang memberi duit belanja kepada anknya, minah sambil berkata, "minah, mak bagi kamu rm50 ni, guna duit ini baik2,, beli buku rujukan. kalau tak cukup, bagitau mak na sayang..".. minah pun terima dengan berkata, "baik mak, minah berjanji akan belajar rajin2.. dapat keputusan periksa tinggi.. dapat kerja.. minah nak balas jasa mak".. dengan penuh kasih, si ibu memberi duit tersebut kepada minah dengan harapan anaknya dapat belajar rajin2,, dengan sempurna kelengkapannya..namun begitu, tanpa pengetahuan ibunya, minah sebenarnya telah memperuntukkan duit tersebut untuk membeli duit topup, untuk ber'gayut' dengan pakwe nye.. tiada sesen pun minah peruntukkan untuk membeli buku rujukan seperti yang dijanjikannya kepada ibunya..
ok..secara logiknya. andai  sahbat2 berada pada tempat si ibu, apakah perasaan kalian andai kalian mengetahui tindkan anak yang sangat dicintai ini?? gembirakah?? atau terujakah, kerana anak kita dah ada pakwa?? ...

OK..cuba bayangkan, andai minah tu kita... Allah dah bagi kita macam2.. banyak sangat nikmat yang tak terkira.. dan memang TAK MAMPU untuk dikira.. nikmat makan, tidoq, ada otak untuk belajar, nikmat keluarga, nikmat mata untuk melihat, nikmat telinga untuk mendengar. dan yang PALING UTAMA adalah Allah dah lahirkan kita sebagai seorang MUSLIM.. kita pun tahu, tiket ke syurga adalah mengucap dua kalimah syahadh.. SAYANG tak ALLAh kat kita?? TAPI....

apa yang kita buat sebagai tanda BALASAN CINTA kita kepada Allah?? adakah dengan menonton movie korea dapat menambahkan tahap keCINTAan kita kepada Pencipta KITA?? adakah dengan UPDATE FESBUKING sokmo dapat meningkatkan lagi iman kita??  jika YA, silakan lah kalian untuk berbuat demikian.. MUNGKIN inilah langkah kalian untuk menambahkan lagi TAHAP KECINTAAN kita kepadaNYA.. ^_^

Saturday, December 3, 2011

kenangan TELEFON ke2

bismillah...

dengan izin Allah.. pada malam sabtu nie,ana berjalan2 dengan mas, anis dan dayah di pasar malam, sambil membeli barangan2 keperluan... namun, setiba di pasar malam, ana baru sedari telefon ana tidak bersama ana.. namun, ana lapangkan hati dengan mengingatkan hati ni, mungkin telefon tertinggal di BT agaknya..

setelah tiba di BT, bersama2 dengan akhwat2 lain, kami menikmati juadah yang di"borong" di pasar malam tadi.. selesai makan, kami menunaikan salah satu kewajipan kami sebelum melaksanakan tugasan2 yang lain..

di saat mahu memulakan assignment, ana buka halaman "mukabuku" dahulu untuk melihat inbox dalam halaman tersebut..

"salam cik adik.. dah dapat fon ke?", mesej dari kak ipar ana..

hati bersorak riang di saat menbaca mesej tersebut.. ana difahamkan oleh kak ipar ana, abang ana mahu menghadiahkan ana sebuah telefon bimbit.. siap dengan touchscreen.. siapa yang tidak gembira seandainya ditawarkan dengan barangn sebegitu rupa.. sememangnya ana langsung tidak pernah mengidamkan telefon touchscreen.. bagi ana, cukuplah telefon yang ana pakai buat masa tu.. tapi, dah rezeki datang, takkan ana mahu menolaknya...=)..

selepas selesai membalas mesej kak ipar, ana baru teringat salah satu lagi TELEFON KESAYANGAN ana....

hati mula berasa cuak, di saat ana mendapati tiada telefon di dalam rumah seperti yang ana jangkakan di pasar malam tadi.. seorang rumet ana yang sangat prihatin terhadap ana meminjamkan telefonnya untuk menghubungi telefon ana... setelah didail no ana, hanya peti pesanan suara sahaja yang ana terima... hati ni, benar2 cuak.. memikirkan apakah yang terjadi pada telefon.. dalam masa yang sama, ana memarahi diri ana diatas kecuaian ana sendri..

ana sangat2 terkilan dengan diri sendiri.. dengan meminjamkan motor mastura, ana mencari HP ana di sekitar jalan yang aa lalui sepanjang ke pasar malam tadi.. namun, ana tak dapat temui..

ana pulang dengan hati yang sangat hampa.. rumet ana cuba menenangkan hati ana... Alhamdulillah, Allah kurniakan sahabat yang sangat baik untuk ana.. cuma, terkadang, ana melukakan hatinya.dan kemudian ana mendiamkan diri.. assif ukhti.. =(

inilah pesanannya:

Sungguh menakjubkan (hebat) urusan orang yang beriman; Sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka; Tidak seorangpun yang memiliki sifat itu kecuali orang yang beriman (iaitu) sekiranya dia mendapat kesenangan dia bersyukur, dan (sikap) demikian itu baik baginya; Dan sekiranya dia ditimpa musibah (bencana) dia bersabar, dan (sikap) demikian itu juga baik baginya.

(Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)

alhamdulillah..
memang ana sedih dengan kehilangan fon ana tue.. tapi..yang paling menyedihakan hati ana, adalah sebenarnya, HP tersebut dibeli oleh ana dengan wang ayah serta duit ana.. ayah yang beria-ia memberi duit kepada ana untuk membeli telefon baru kerana melihat ke"dhoif"an HP pertama ana.. nokia 100..ana tidaklah terlalu kisah seandainya ana seorang sahaja yang membiaya perbelanjaan pembelian telefon tersebut.. namun, oleh kerana pembelian HP tersebut turut disumbangkan oleh ayah ana, membuatkan ana terasa sangaat2 terkilan.. sejujurnya..ana sangat2 sayangkan telefon tu.. oleh kerana itulah ana cuba menggunakan kemudahan HP dengan sebaiknya.. ana cuba mengelakkan dari menggunakan telefon tersebut ke arah yang sia-sia.. kerna ana tahu, sedikit sebanyak dosa yang ana buat dengan menggunakan telefon tersebut, ayah ana juga turut mendapat habuannya.. nauzubillah.. oleh kerana itulah, ana cuba memanfaatkan telefon tersebut dengan sehabis baik yang mungkin.. kerna ana mahu ayah turt sama mendapat kebaikan daripada apa yang ana buat dengan menggunakan telefon tersebut.. ayah ana bukanlah seorang yang berjemaah di surau ataupun masjid selain solat jumaat.. walaupun begitu, dia sangat menjaga solatnya..

ana bersyukur kerna memilikinya sebagai ayah.. SANGAT2.. walaupun mak sudah menghampiri dua tahun terlantar di atas katil kerana seranga strok, ayah tetap setia di sisinya.. tetap setia menemani mak.. tetap setia memberi mak kekuatan dan semangat.. ana sangat2 kagum dengan kesabarannya.. semoga Allah menempatkan ayah di tempat yang terbaik di akhirat kelak.. bersama2 dengan mak..

kembali kepada HP kesayangan ana.
oleh kerana itulah ana sangat2 kecewa dengan diri sendiri di atas kehilangan telefon tu.. =(

Ya ALlah,..seandainya harta itu bukanlah milikku lagi, aku redha ya Allah..dengan kehilangannya.. Namun Ya Allah. seandainya Kau masih mahu membantuku mencari ruang2 untuk aku berbakti kepada kedua ibu bapaku, Kau tunjukkanlah jalan2nya ya Allah..Amin ya Rabbal A'lamin...

Friday, November 25, 2011

1433

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka

mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki

yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan

maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian

kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang

dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan

adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

(Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 218)



usia yang semakin bertambah..

bismillah..

detik demi detik berlalu, usia semakin bertambah angka..

Alhamdulillah.. Allah masih memberi nafas dan peluang untuk terus menghirup udaraNya.. sehingga kini.. tanpa sebarang bayaran.. tanpa sebarang perhitungan.. tanpa sebarang kekurangan sedikitpun.. Seandainya suda tiba masanya, Allah akan menarik segala pemberianNya ini, tanpa sebarang tanda-tandanya ataupun perkhabaran.. Adakah sudah bersedia untuk menghadapi saat itu?? .. saat ruh dikeluarkan dari jasad.. saat yang sangat menyakitkan.. Allahu Allah.. Hidupkanlah aku dalam iman.. matikanlah dengan iman..

Menginjak waktu maghrib hari ini, akan bertambah lagi satu angka pada tahun hijrah..
~SELAMAT TAHUN BARU KEPDA SEMUA UMAT ISLAM~

Kisah yang dilalui sepanjang tahun lepas, moga dijadikan panduan dalam memandu hidup kita pada tahun ini.. jadikan tahun ini lebih baik dari yang lalu.. ambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku..

AZAM TAHUN BARU..insyaAllah.. Sekarang dalam proses menitip segala azam2 yang ingin dicapai pada tahun ni..semoga Allah membantu diri ini mengcapai hajat yang ingin cuba dilaksanakan.. saya nak jadi hambanya yang TERBAIK.. TERHEBAT..

antaranya mainpoint azam tahun baru kali ini...
~amanah terhadap mak dan ayah
~amanah sebagai pelajar
~amanah sebagai seorang rakan
~amanah sebagai seorang kakak dan adik
~amanah sebagai seorang bakal guru
~amanah sebagai seorang muslimah

dan yang paling penting... amanah sebagai KHALIFAH dan HAMBA.. yang mempunyai peranan yang sangat besar kepada agamanya..dan semoga Allah merahmati segala amal2 yang ana persembahkan kepadaNya.. "YA ALLAH.. PIMPINLAH DAKU MENJADI HAMBAMU YANG TEGuH MENGHARAPKAN CINTA DARIMU.. YA ALLAH.. KAU MAHA MEMBOLAK-BALIKKAN HATI.. TEGuHKAN HATI INI DI JALAN AGAMAMU.. TEGUHKAN DIRI INI UNTUK SENtIASa TAAT KEpaDA PERINTAHMU.. TEGUHKAN hATI INI UNTUK TERUS BERJUANG DI jalanMU YANG BENAR.. AMIN "

AYUH.. KUATKAN AZAM.. SERTA KEKUATAN untuk BERHIJRAH.. LILLAHI TAALA..



Tuesday, August 16, 2011

BeruBah...

bismillah...

Alhamdulillah.. hari ini menginjak hari ke 16 Ramadhan..Alhamdulillah..seribu kesyukuran dipanjatkan kepadaNya..kerana dengan Rahmat dan IzinNya, Dia memberi peluang kepada diri ini untuk merasai nikmat Ramadhan sehingga kini... dengan Rahmat dan KasihNya, Dia memberi kesihatan dan kecergasan kpd diri ini tidak putus2, untuk menjalani kehidupan di Dunia yang Sementara cuma ini...

Pada awal pagi hari ini, tetiba diberi kesempatan untuk membuka link yang dipost oleh seorang sahabat di dalam wall fb nya.. tersentuh melihat video tersebut... dah lama nak tengok rancangan tersebut di tv, namun, tiada peluang oleh kerana bekerja..

Pelbagai pengajaran dapat dari video tersebut..

1- Kisah sebelum Wardina memperoleh hidayah dari Allah.. yang dikatakan sangat seksi... memang diakui, penampilannya agak menjolok mata ketika melihat dalam rancangan Spanar Jaya suatu masa dahulu... Pernah tergerak di sudut benak hati ini supaya Wardina berubah..=).. namun, dengan Taqdir yang Allah telah tetapkan, akhirnya dia berubah..bersama dengan berkat doa dari ibunya juga..
2- Pentingnya solat.. Seperti kisah Wardina... Firstly, she tried to solat 5 times per day.. memahami maksud2 dalam solat..bak katanya, "kalau kita memahami maksud2 bacaan dalam solat, pasti, kita akan menangis setiap kali solat".. setuju sangat.. klau kita benar2 menghayati maksud2 dalam solat, pasti kita akan tenang... even cuma surah al-Fatihah saja.. tapi, masalahnya sekarang, orang lanie hanya menunaikan solat 5 times/day.. solat yang dilaksanakan tanpa penghayatan..dat's why, ada yang solat, tapi, masih mengumpat.. ada yang cukup solat, tapi masih pakai ketat2..iA,kalau kita benar2 pahamkan apa yang kita bacakan dalam solat, iA, kita akan berjaga2 dalam setiap amalan kita.. "sesunggunya solat itu mencegah keji dan mungkar"...al-ankabut;54..selepas cuba settle kan bab solat, Wardina cuba mencari ilmu..dia rasa tak cukup dengan tue ja..dia amek inisiatif untuk wear hijab.. subhanallah.. sungguh benar formula yang Allah telah gariskan.. selepas Wardina clear bab solat, Alhamdulillah.. dia cuba menjaga auratnya pula...=)

ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa... Dialah penentu segalanya...
melihat video tersebut.. teringat juga akan diri ini...bagaimana caraNya Dia memberi peluang kepada diri ini untuk merasa nikmat tarbiyah yang sebenar2nya.. Bagaimna diri ini mula memahami peranan sebenar seorang muslim..

InsyaAllah...di lain post, kita kongsi bersama perubahan ini terjadi..walau apapun..

MANUSIA PERLU BERUBAH...

“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA. BERI MA’AFLAH KAMI; AMPUNILAH KAMI; DAN RAHMATILAH KAMI."