perjalanan yang masih jauh-menuju destinasi yang indah

Thursday, January 27, 2011

..:: MuJaHaDaH ::..

bismillah..

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”. (29;69)

Ayat ini adalah penutup dan kesimpulan kepada surah al-`Ankabut. Ia juga sebagai sebahagian pentafsiran kepada ayat keenam surah al-Fatihah.

“ Tunjukkanlah kepada kami jalanMu yang lurus”..


Jalan yang lurus hanyalah satu. Jalan yang telah dilalui oleh para nabi, siddiqin (golongan yang melaksanakan janji mereka kepada Allah) golongan yang mendapat gelaran syuhada’ dan orang-orang soleh yang sentiasa membuat kebajikan.

Mujahadah syarat mendapat petunjuk.

Hidayah atau petunjuk Allah hanya diberikan kepada sesiapa yang sanggup bermujahadah ; berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggungjawab agama iaitu tanggungjawab melaksanakan tuntunan keimanan dan amal-amal soleh.

Berasaskan hakikat ini Allah Azza wa Jalla membimbing Rasulullah s.a.w. dalam membuat perubahan dalam diri sahabat r.a. daripada Jahiliyyah kepada Islam melalui proses tazkiyyah (menyucikan diri daripada aqidah yang sesat dan akhlak yang buruk) dan tarbiyyah (mempelajari dan membina keimanan yang sebenar dan membentuk perilaku yang terpuji dalam diri) dengan cara bermujahadah.

Mereka bermujahadah melawan kejahilan dengan berlumba-lumba menghadiri majlis ilmu bersama Rasulullah s.a.w. Mereka bermujahadah membersihkan akhlak-akhlak mazmumah dengan mengisi dengan akhlak mahmudah dengan sentiasa membaca al-quran, berqiamullail dan bersabar menahan tentangan kafir Quraisy.

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَاب وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Al-Jumu’ah [62:2]

”Dialah yang mengutuskan dalam kalangan orang-orang ( Arab) yang ummiyyin (tidak tahu menulis dan membaca) seorang rasul ( nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah ( Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan) dan membersihkan mereka daripada i’tiqad yang sesat, serta mengajarkan mereka kitab Allah ( al-Quran ) dan Hikmah ( pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syara’) . Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi itu adalah dalam kesesatan yang nyata;” ( Ibid: m.s.1507)

Mujahadah asas perubahan.

Metodologi merubah manusia yang dilakukan oleh nabi s.a.w. ialah dengan memastikan para sahabat membersihkan jahiliyyah i’tiqad dan akhlak dalam diri dengan menuntut ilmu, membina iman dan akhlak mahmudah melalui bermujahadah nafsu untuk menuntut ilmu, mujahadah nafsu untuk melakukan ibadah khusus kepada Allah seperti qiamullail dan membaca al-Quran dan mujahadah diri untuk melakukan amal-amal soleh seperti bersedakah, berdakwah dan membimbing sahabat-sahabat yang baru memeluk Islam.

Dalam muqaddimah surah al-Ankabut ini Allah menjelaskan tentang hakikat kehidupan didunia, hakikat keimanan dan amal-amal soleh.

Dunia pentas ujian dan Akhirat tempat pembalasan

. أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (29:2)

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: kami telah beriman? Sedangkan mereka tidak diuji ( dengan sesuatu cubaan).

Hidup di dunia sebagai tempat ujian merupakan hakikat kehidupan yang sebenar di dunia ini. Inilah sunnatullah dan kehendak Allah yang tidak ada sesiapapun terlepas daripadanya. Umat-umat terdahulu dikalangan para nabi diuji untuk beriman kepada Allah, beramal soleh dengan mengajak manusia agar beriman dan melakukan kerja-kerja kebajikan. Ujian hidup ini menjadi pengukur dalam membuktikan siapakah golongan yang beriman dan siapakah golongan yang kufur dan munafik.

Mujahadah syarat kejayaan.

Untuk memastikan kejayaan dalam mengharungi ujian Allah ini manusia perlu beriman dan bermujahadah bagi melakukan amal-amal soleh dan bersabar menanggung kesakitan berdakwah dan berjihad dijalan Allah.

وَمَن جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (29:6)

” Dan sesiapa yang berjuang (untuk menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun daripada sekelian makhluk.)”

Bermujahadah merupakan sifat terpenting yang perlu ada kepada sesiapa yang ingin mendapat hidayah Allah, ingin memantapkan keyakinan dan keimanan di dalam hati, ingin membentuk sifat-sifat dan akhlak unggul dalam diri dan inginkan kejayaan hakiki di akhirat nanti.

Gelaran mujahid dan mendapat pahala sebagai syahid merupakan setinggi-tinggi gelaran yang diimpikan oleh setiap orang yang beriman. Ia merupakan pengiktirafan Allah terhadap penerimaanNya terhadap ucapan Syahadah yang diucapkan oleh seorang yang beriman.

Dalam surah al-`Ankabut ini Allah menceritakan kisah para nabi yang berjihad dan bermujahadah melakukan amal soleh yang kemuncaknya ialah berjihad menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Jalan para nabi inilah menjadi jalan yang lurus, jalan golongan yang mendapat hidayah Allah yang perlu dilalui oleh setiap orang yang beriman.

Meninggalkan Jihad sifat munafik.

Sikap berdiam diri terhadap maksiat dan kemungkaran, meninggalkan golongan yang berdakwah ke Allah dan tidak memberi sokongan kepada usaha mereka lebih hampir kepada ciri-ciri seorang yang munafik dan berpura-pura beriman kepada Allah.

Golongan ini lebih mementingkan kerehatan hidup di dunia, mementingkan keredaan manusia yang kafir dan fasik dan melupai kehidupan sbenar dinegeri akhirat.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ وَلَئِن جَاء نَصْرٌ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ (29:10)

“ Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata : ”kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab Allah ( lalu dia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu mereka sudah tentu akan berkata; ”kami sentiasa bersama kamu” ( Mengapa mereka berdusta) Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terpendam di dalam hati sekelian makhluk”


Bermujahdahlah

Tentanglah nafsumu

Lawanlah kejahilan dengan cahaya ilmu

Cahaya keimanan

Cahaya kesabaran

Berjuanglah bersama orang yang berjuang.

Kejayaan bukan dengan merentas benua

Tetapi,

pisahkanlah nafsumu darimu selangkah.

Akan tercapailah maksudmu.

*kita bukanlah pejuang jika tidak berkorban..
dan kita bukanlah berkorban jika kita tidak berjuang...

MUJAHADAH ITU PAHIT..KERANA SYURGA ITU MANIS...

surah al-Fatihah..

BISMILLAH...

Alhamdulillah..semalam dapat ilmu baru lagi..walaupun dah tahu..tapi peringatan ustaz menambahkan lagi pengukuhan terhadap ilmu tersebut....

semalam ustaz ajar surah al-Fatihah..walaupun kita semua dah tahu...tapi sebenarnya ada banyak perkara lagi yang belum pasti kita sudah tahu...MACAM MANA tu???


1-sebenarnya al-Fatihah ada 7 ayat..sebab termasuk dengan bismillahirrahmanirrahim. cuba bayangkan kalau kita baca al-fatihah tanpa bismillah..nauzubillah..solat kita tak sah..kenapa??
bukankah al-Fatihah tu salah satu rukun solat..kalau silap baca,tertinggal satu rukun solat, tak sah solat kita..nauzubillah..

2-bacaan dalam al-fatihah..
i.kita baca al-ham-du-lillah tau...bukannya ala-ham-du-lillah.. sebab berdasarkan pengalaman ustaz, dia penah dengar orang baca ala-ham-du-lillah...dan sebutan al-ham tu pun kena tekan sikit...sebab huruf ha' tu makhrajnya kat kerongkong...kalau ha simpul, sebutannya lembut sikit...cuba kita gelak "hahahah"..tu analogi sebutan untuk ha' simpul na...
ii.pastu..ih-di-nassiratul-...bukan eh-di-nassiratul- na...ada beza tu antara ih dan juga eh...
iii.bacaan an-a'm-tu..bukan ana-a'm-tu...

dan macam2 lagi...

untuk lebih penerangan..cuba klik di sini..

semoga dapat bermanfaat sama2...





Monday, January 24, 2011

Haid - PERLU ATAU TIDAK QADA SEMBAHYANG

Harus Dibaca Oleh Setiap Mereka Yang Bergelar Muslimah

Kebanyakkan Muslimah tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka tidak tahu menahu langsung akan perkara ini.

Dalam ilmu Fiqh khususnya Bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa atau mesti dirujuk juga kepada ustaz- ustaz. Contohnya yang paling simple, bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam, “Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan, “Alaa... Itu soalan mudah jee... Bila datang period maka solat tu tak perlu qadha’. Yang perlu qadha’ hanya puasa jee...” Itulah yang mereka belajar sejak mula-mula bergelar wanita dahulu.

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang Muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun!

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.

Dalam BAB TIGA : “Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isya'.

“Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha’ solat Asar dan Zohor? Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha’ sama? Kerana didalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqasarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada’ solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama. Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya sudah kering semasa masih dalam waktu Isya’.

- Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha’ solat Maghrib. Diatas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku).

-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha’ juga solat Maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) Cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh wanita yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.

diambil dari blog orang.
penulisan ustaz zaharuddin

Saturday, January 22, 2011

tazkirah dari ustaz tajwid...

Bismillah...

selesai dari kelas pengajia tajwid, (blajar tentang ayat rahsia), ustaz teruskan kelas dengan sorang2 baca 1 page al-quran..mula dengan surah al-Baqarah..
katanya..kalau boleh dia nak kami dapat habeskan 13juz utuk 13 kali penemuan untuk sem nie...
alhamdulillah..selesai la sorang2 baca 1 page...ustaz pun kasi tazkirah sket...
katanya.....

"saya tak nak tegor2 mase kamu bace tadi..biorle salah tajwid kat mane pun..saya diam je...
saya buat macam nie bukan sebab apa...
SALAH SATU KITA JADI SALAH ATAU GAGAP
DALAM MEMBACA AL-QURAN ADALAH SEBAB KITA DAH JAUH DENGAN DIA..ANALOGINYA...
macam kamu dengan saudara mara kamu... cuba kamu bayangkan.. kalau kamu jarang2 jumpa saudara mara kamu...tidakkah kita akan rasa kekok masa bertemu dengan dia...begitulah jugak dengan Al-Quran...kalau kita jarang membacanya...jadi banyaklah kesalahan2 yang akan kita buat..."

sekian..wassalam...

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anuge- rahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, "
(35;29)

"Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji."
(14;1)

Thursday, January 20, 2011

Bagaimana Bertawakkal Dalam Ibadah?

Bila kita sebut mengenai tawakal, pasti kita akan terbayangkan musibah dan ujian. Begitu juga tawakal dalam urusan keduniaan seperti mencari rezeki, menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Saya juga berfikiran sebegitu sebelum ini sehinggalah saya membaca satu tulisan Ibn Taimiyah rahimahullah

Dalam Majmu' al-Fataawa yang menyebut bahawa mereka yang menyangka bahawa tawakal itu hanyalah untuk menuntut bahagian keduniaan adalah satu sangkaan yang salah!

Bahkan tawakal dalam urusan ibadah adalah lebih utama
[Lihat : Majmu' al-Fataawa, jilid 5, bahagian 10, hlmn. 16]. Lepas membaca tulisan beliau, saya terfikir-fikir bagaimana nak memahamkan apa yang dimaksudkan dengan tawakal dalam urusan ibadah.

Alhamdulillah, dengan petunjuk dari Allah, akhirnya saya memahami maksud statement tersebut apabila membaca apa yang ditulis oleh Ibn Rajab rahimahullah dalam Jami' al-'Ulum wa al-Hikam mengenai tawakal.

Apabila kita melakukan satu ketaatan kepada Allah, tidak kiralah samada solat, puasa, zikir, membaca al-Quran, haji, umrah dan sebagainya, kita sering mengharapkan pahala daripada Allah atas amalan kita. Kita bertungkus-lumus melakukan ketaatan kerana inginkan syurga. Tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk bertawakal kepada Allah; iaitu kita lupa untuk menyerahkan urusan ibadah kita kepada Allah.

Kita merasakan bahawa ibadah kita semata-mata mampu membawa kita ke syurga, sedangkan kita tidak sedar bahawa melaksanakan ibadah itu adalah satu sebab untuk kita masuk ke syurga dan selamat dari api neraka. Tetapi Allah jualah penentu segalanya!

Tetapi ini tidaklah pula bermakna kita bersahaja dalam melakukan ibadah dan mengharapkan rahmat Allah semata-mata. Ambillah sebab (ibadah) dan bersungguh-sungguhlah kerana ia merupakan satu kewajipan yang diperintahkah oleh Allah.

Disebut dalam satu hadis :

'Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa berusaha (supaya menjadi seorang yang taat dan patuh) dan beramal untuk apa yang akan berlaku selepas mati manakala orang yang malas (berusaha) pula ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berharap agar Allah akan mengampunkannya"

[Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah, al-Baihaqi, al-Tabarani dan al-Hakim]

Al-Tirmizi berkata hadis ini hasan. Al-Hakim : Hadis ini sahih atas syarat al-Bukhari tetapi al-Zahabi mengatakan bahawa hadis ini bukan atas syarat al-Bukhari, dan Abu Bakar (salah seorang perawi hadis) adalah waahiin]

Sama juga apabila kita sakit. Kita berusaha mencari ubat untuk mengubati sakit kita, sedangkan ubat hanya sebab. Allah jualah penyembuh setiap sakit.

Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Hud ayat 123 yang bermaksud :

"Oleh itu, sembahlah Dia serta berserahlah kepadaNya."

Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam juga ada bersabda : '

Sesungguhnya amalan seseorang itu tidak akan dapat menyelamatkannya', mereka (para sahabat) berkata : Walaupun tuan wahai Rasulullah? Baginda shallallahu 'alayhi wa sallam menjawab : 'Walaupun aku, kecuali mereka yang mendapat rahmat dari Allah...'
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6098) dan Muslim 2816)].

Laksanakanlah ibadah denganbersungguh-sungguh dan bertawakallah kepada Allah sepenuh jiwa. Semoga Allah mengurniakan Syurga buat kita semua.

Artikel iluvislam.com