perjalanan yang masih jauh-menuju destinasi yang indah

Saturday, December 3, 2011

kenangan TELEFON ke2

bismillah...

dengan izin Allah.. pada malam sabtu nie,ana berjalan2 dengan mas, anis dan dayah di pasar malam, sambil membeli barangan2 keperluan... namun, setiba di pasar malam, ana baru sedari telefon ana tidak bersama ana.. namun, ana lapangkan hati dengan mengingatkan hati ni, mungkin telefon tertinggal di BT agaknya..

setelah tiba di BT, bersama2 dengan akhwat2 lain, kami menikmati juadah yang di"borong" di pasar malam tadi.. selesai makan, kami menunaikan salah satu kewajipan kami sebelum melaksanakan tugasan2 yang lain..

di saat mahu memulakan assignment, ana buka halaman "mukabuku" dahulu untuk melihat inbox dalam halaman tersebut..

"salam cik adik.. dah dapat fon ke?", mesej dari kak ipar ana..

hati bersorak riang di saat menbaca mesej tersebut.. ana difahamkan oleh kak ipar ana, abang ana mahu menghadiahkan ana sebuah telefon bimbit.. siap dengan touchscreen.. siapa yang tidak gembira seandainya ditawarkan dengan barangn sebegitu rupa.. sememangnya ana langsung tidak pernah mengidamkan telefon touchscreen.. bagi ana, cukuplah telefon yang ana pakai buat masa tu.. tapi, dah rezeki datang, takkan ana mahu menolaknya...=)..

selepas selesai membalas mesej kak ipar, ana baru teringat salah satu lagi TELEFON KESAYANGAN ana....

hati mula berasa cuak, di saat ana mendapati tiada telefon di dalam rumah seperti yang ana jangkakan di pasar malam tadi.. seorang rumet ana yang sangat prihatin terhadap ana meminjamkan telefonnya untuk menghubungi telefon ana... setelah didail no ana, hanya peti pesanan suara sahaja yang ana terima... hati ni, benar2 cuak.. memikirkan apakah yang terjadi pada telefon.. dalam masa yang sama, ana memarahi diri ana diatas kecuaian ana sendri..

ana sangat2 terkilan dengan diri sendiri.. dengan meminjamkan motor mastura, ana mencari HP ana di sekitar jalan yang aa lalui sepanjang ke pasar malam tadi.. namun, ana tak dapat temui..

ana pulang dengan hati yang sangat hampa.. rumet ana cuba menenangkan hati ana... Alhamdulillah, Allah kurniakan sahabat yang sangat baik untuk ana.. cuma, terkadang, ana melukakan hatinya.dan kemudian ana mendiamkan diri.. assif ukhti.. =(

inilah pesanannya:

Sungguh menakjubkan (hebat) urusan orang yang beriman; Sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka; Tidak seorangpun yang memiliki sifat itu kecuali orang yang beriman (iaitu) sekiranya dia mendapat kesenangan dia bersyukur, dan (sikap) demikian itu baik baginya; Dan sekiranya dia ditimpa musibah (bencana) dia bersabar, dan (sikap) demikian itu juga baik baginya.

(Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)

alhamdulillah..
memang ana sedih dengan kehilangan fon ana tue.. tapi..yang paling menyedihakan hati ana, adalah sebenarnya, HP tersebut dibeli oleh ana dengan wang ayah serta duit ana.. ayah yang beria-ia memberi duit kepada ana untuk membeli telefon baru kerana melihat ke"dhoif"an HP pertama ana.. nokia 100..ana tidaklah terlalu kisah seandainya ana seorang sahaja yang membiaya perbelanjaan pembelian telefon tersebut.. namun, oleh kerana pembelian HP tersebut turut disumbangkan oleh ayah ana, membuatkan ana terasa sangaat2 terkilan.. sejujurnya..ana sangat2 sayangkan telefon tu.. oleh kerana itulah ana cuba menggunakan kemudahan HP dengan sebaiknya.. ana cuba mengelakkan dari menggunakan telefon tersebut ke arah yang sia-sia.. kerna ana tahu, sedikit sebanyak dosa yang ana buat dengan menggunakan telefon tersebut, ayah ana juga turut mendapat habuannya.. nauzubillah.. oleh kerana itulah, ana cuba memanfaatkan telefon tersebut dengan sehabis baik yang mungkin.. kerna ana mahu ayah turt sama mendapat kebaikan daripada apa yang ana buat dengan menggunakan telefon tersebut.. ayah ana bukanlah seorang yang berjemaah di surau ataupun masjid selain solat jumaat.. walaupun begitu, dia sangat menjaga solatnya..

ana bersyukur kerna memilikinya sebagai ayah.. SANGAT2.. walaupun mak sudah menghampiri dua tahun terlantar di atas katil kerana seranga strok, ayah tetap setia di sisinya.. tetap setia menemani mak.. tetap setia memberi mak kekuatan dan semangat.. ana sangat2 kagum dengan kesabarannya.. semoga Allah menempatkan ayah di tempat yang terbaik di akhirat kelak.. bersama2 dengan mak..

kembali kepada HP kesayangan ana.
oleh kerana itulah ana sangat2 kecewa dengan diri sendiri di atas kehilangan telefon tu.. =(

Ya ALlah,..seandainya harta itu bukanlah milikku lagi, aku redha ya Allah..dengan kehilangannya.. Namun Ya Allah. seandainya Kau masih mahu membantuku mencari ruang2 untuk aku berbakti kepada kedua ibu bapaku, Kau tunjukkanlah jalan2nya ya Allah..Amin ya Rabbal A'lamin...