perjalanan yang masih jauh-menuju destinasi yang indah

Tuesday, August 16, 2011

BeruBah...

bismillah...

Alhamdulillah.. hari ini menginjak hari ke 16 Ramadhan..Alhamdulillah..seribu kesyukuran dipanjatkan kepadaNya..kerana dengan Rahmat dan IzinNya, Dia memberi peluang kepada diri ini untuk merasai nikmat Ramadhan sehingga kini... dengan Rahmat dan KasihNya, Dia memberi kesihatan dan kecergasan kpd diri ini tidak putus2, untuk menjalani kehidupan di Dunia yang Sementara cuma ini...

Pada awal pagi hari ini, tetiba diberi kesempatan untuk membuka link yang dipost oleh seorang sahabat di dalam wall fb nya.. tersentuh melihat video tersebut... dah lama nak tengok rancangan tersebut di tv, namun, tiada peluang oleh kerana bekerja..

Pelbagai pengajaran dapat dari video tersebut..

1- Kisah sebelum Wardina memperoleh hidayah dari Allah.. yang dikatakan sangat seksi... memang diakui, penampilannya agak menjolok mata ketika melihat dalam rancangan Spanar Jaya suatu masa dahulu... Pernah tergerak di sudut benak hati ini supaya Wardina berubah..=).. namun, dengan Taqdir yang Allah telah tetapkan, akhirnya dia berubah..bersama dengan berkat doa dari ibunya juga..
2- Pentingnya solat.. Seperti kisah Wardina... Firstly, she tried to solat 5 times per day.. memahami maksud2 dalam solat..bak katanya, "kalau kita memahami maksud2 bacaan dalam solat, pasti, kita akan menangis setiap kali solat".. setuju sangat.. klau kita benar2 menghayati maksud2 dalam solat, pasti kita akan tenang... even cuma surah al-Fatihah saja.. tapi, masalahnya sekarang, orang lanie hanya menunaikan solat 5 times/day.. solat yang dilaksanakan tanpa penghayatan..dat's why, ada yang solat, tapi, masih mengumpat.. ada yang cukup solat, tapi masih pakai ketat2..iA,kalau kita benar2 pahamkan apa yang kita bacakan dalam solat, iA, kita akan berjaga2 dalam setiap amalan kita.. "sesunggunya solat itu mencegah keji dan mungkar"...al-ankabut;54..selepas cuba settle kan bab solat, Wardina cuba mencari ilmu..dia rasa tak cukup dengan tue ja..dia amek inisiatif untuk wear hijab.. subhanallah.. sungguh benar formula yang Allah telah gariskan.. selepas Wardina clear bab solat, Alhamdulillah.. dia cuba menjaga auratnya pula...=)

ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa... Dialah penentu segalanya...
melihat video tersebut.. teringat juga akan diri ini...bagaimana caraNya Dia memberi peluang kepada diri ini untuk merasa nikmat tarbiyah yang sebenar2nya.. Bagaimna diri ini mula memahami peranan sebenar seorang muslim..

InsyaAllah...di lain post, kita kongsi bersama perubahan ini terjadi..walau apapun..

MANUSIA PERLU BERUBAH...

“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA. BERI MA’AFLAH KAMI; AMPUNILAH KAMI; DAN RAHMATILAH KAMI."

1 comment:

  1. salam. Blog yang bagus, menarik dan ilmiah. Bukan senang nak blog macam nie. Orang zaman sekarang semua tak bila dikatakan baik. Tapi bila gangster dia bangga.

    Terima kasih kerana bagi komen kat Atie's Bakery. Emm kita usaha sama-sama yea buat apam mekar tu. Kalau berjaya kita share. Adik doa kuat-kuat pada Allah, insaAllah Allah makbul. :)

    ReplyDelete