perjalanan yang masih jauh-menuju destinasi yang indah

Friday, April 8, 2011

::[ KEINDAHAN MATEMATIK ]::



subhanallah...alhamdulillah..hari nie Allah beri kesempatan untuk membaca link post yang di share oleh kawan.. best sangat2...cuba2la luangkan masa untuk membaca...amat sesuai bagi mereka yang merasakan matematik ini susah..hohoho



1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?


Dan cuba lihat simetri ini:


1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?


Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.


Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%


Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%


Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.


Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%


atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Thursday, March 31, 2011

Tuhan... Mengapa aku?

Disaat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?

Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jatidirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?

Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?

Dikala aku merasa kepingin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?

Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?

Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?

Mengapa aku?

Aku banyak dosa...
Aku banyak maksiat...
Aku banyak ingkar...

Aku bukan orang yang layak!

Tapi mengapa aku dipilih?

Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?
Seingatku... aku tak pernah pun meminta...

Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?
Ah... aku bukannya alim. aku bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak ujub!

Tapi Tuhan... mengapa masih aku yang Kau pilih?

Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!

Tapi Tuhan... aku tak kuat!

Aku lemah...

Dikala ujian dariMu datang...
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.

Aku malu Allah...

Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.

Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu...

Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku...

Tuhan, jawablah... mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?

Tuhan..

aku tak pandai bermadah... juga tidak bijak menyusun kata...

Tapi ketahuilah...
Aku merayu...

Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma...
Agar diriku, bisa mencintaiMu.

Terima kasih Tuhan...
kerana memilih aku...

Terima kasih Ya Rabbi.

Dan kini... Hanya diriMu matlamatku.

Sekarang dan selamanya...

Wednesday, March 23, 2011

MAK AYAH

bismillah..

Alhamdulillah..semalam Allah beri kesempatan untuk telefon ayah.. menanyakan khabar mereka berdua...Alhamdulillah..kedua2nya sihat..ayah cakap mak dalam progress pembaikan.. ayah bawa mak berubat secara tradisional... di akhir talian.. ayah berpesan untuk titipkan doa untuk mak..supaya mak cepat sembuh..semoga mak dapat bercakap semula...sebak diri ini mendengar.. menitis air mata...

"Ya Allah..
sembuhkanlah penyakit mak...berikanlah semangat kepadanya untuk sembuh kembali..pulihkankan kembali semangatnya untuk berjalan semula...amin ya rabbal alamin"

Astagfirullah..secara jujurnya, diri ini teruk sangat..sebab amat jarang untuk tepon ayah ngn mak.. kadang2 hanya sekali seminggu ja.. mmm... pernah dapat perkongsian dari seorang akhawat.. katanya.. kita boleh dikatakan anak derhaka seandainya mak ayah ingatkan kita, rindukan kita, sedangkan kita amat jarang untuk menghubungi mereka.. nauzubillah.. semoga Allah jauhkan title tu dari diri ini.. bukanlah sengaja untuk jarang menghubungi mereka... cuma kadang2 rasa terkaku mase nak cakap ngan ayah.. kalu dulu, selalu cakap dgn mak.. kadang2 almost everyday sebab da cerita nak beritahu kepada mak..tapi, semenjak mak tak sihat, diri ini tak tahu nak cakap apa ngan ayah..segan nak kongsi kisah2 perempuan dengan ayah..hurmm...
cuma bertanyakan kabar, then tya ayah buat apa..tapi, yang best cakap ngan ayah nie, ayah suka menghiburkan hati ini..kadang2 gelak terbahak2 bila cakap ngan ayah..pernah seorang kawan tanya..N cakap dengan sapa tadi? macam kawan ja cara cakap... itulah ayah.. sama ja peribadi kami dua.. kalau kat tepon, senyum sampai nampak gusi.. tapi, bila da depan mata... macam segan pun ada..hohoho...

Ya Allah, didiklah diri ini menjadi anak yang soleh..
bentuklah diri ini menjadi seorang anak yang taat.. Jadikanlah diri ini seorang anak
yang sentiasa mengenangkan budi2 ayah dan ibunya..Ya Allah..
jauhkanlah diri ini daripada sifat2 tercela..
sifat tak kenangkan budi..
sifat pentingkan diri sendiri..
AMIN

terkenangkan susah payah mereka berdua membesarkan diri ini hingga sudah besar saiznya.. dididik untuk menjadi orang yang berilmu.. memberi kebebasan kepadanya untuk membuat keputusan..

AYAH...
sejak kecil,aku dimanjakan...
setiap keinginanku, kau cuba penuhi...
setiap permintaanku, kau cuba tunaikan...
ingat daku ketika masih lagi di bangku sekolah...
kau menghantarku seawal pagi ke sekolah...mengambilku di kala tengah hari...
sejak ku menginjak remaja..aku dikau sekolahkan di asrama..
untuk mengejar cita2..untuk menjadi orang berguna...
tika tiba masa pulang bermalam, ramai2 berpusu-pusu pulang kerumah
masing2 dengan keretanya..namun, aku hanya menaiki motor..
bukanlah sedih mengenangkan kenderaan itu... cuma sedih memikirkan
bilakah masanya untukku membeli mu sebuah kereta...
jauh dari terit matahari...
sedih memikirkan bilakah diri ini mampu mengurangkan bebanmu..
sehingga kini, ayah mengorbankan cit2mu untuk membesarkan kami 6 orang adik-beradik
menjadi orang yang berjaya..walaupun, kadang2 ayah penat dengan pelbagai kerenah anak2,
namun, ayah diamkan sahaja...pendamkan dalam diri sahaja...
kerana mahu mejaga hati anak2..namun, hati mu jua yang terluka..
semoga ayah kuat...
AYAH...
dikala lapang, engkau titipkan ilmu kedadaku...
ilmu untuk kubawa ke SANA...
IA, akanku pegang ia kedalam hatiku...

MAK..
pengorbananmu jua amatlah besar tiada bandingannya...
mak sanggup gadaikan emas dan harta untuk membantu kami dalam
pendidikan... walaupun, mak hanyalah seorang surirumah sahaja,
namun, peribadi mu seolah-olah orang yang berkerjaya...
membantu ayah membanting tulang, menahan perit matahari,
bekerja di sawah...membajak..membaja..menuai...
tugas2 yang memerlukan tulang 4 kerat...
walaupun, mak hanyalah seorang wanita, tapi, tenaganya
serupa sahaja dengan seorang lelaki..
walaupun penat, mak terus membantu ayah mencari rezeki membesarkan kami..
MAK..
ina berdoa semoga mak cepat sembuh..semoga
Allah menjadikan sakit mak ini sebagai kafarah dosa..
semoga mak terus sabar dalam ujiannya..
MAK..
terima kasih atas ilmu yang mak curahkan kepda ina..
ilmu masak...ilmu ERT...
tanpa mak, ina mungkin tak jadi macam sekarang..
banyak iktibar dan pelajaran ina belajar dari mak..
mak beri kebebasan...sehingga
ina boleh berdikari seperti kini..

<>>
semoga Allah menetapkan mak dan ayah bersama-sama
para solihin di SANA nanti..
kerana pengorbanan mak dan ayah
memang tak dapat ina nak balasi...
walaupun, ina tak pernah mengungkapkan rasa sayang kepada mak dan ayah,
sebenarnya, di dalam hati ini, tersemat rasa cinta yang amat mendalam
kepda mak dan ayah...
tanpa mak dan ayah, siapalah ina sekarang...
SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KALIAN...

wit luv..
...ur only daughter...

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (17;24)

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (31;14)


Monday, February 7, 2011

Kembali Kepada al-Quran & Hadis...



Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan juga kepada uli amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
(Surah An-Nisa':59)

Thursday, January 27, 2011

..:: MuJaHaDaH ::..

bismillah..

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”. (29;69)

Ayat ini adalah penutup dan kesimpulan kepada surah al-`Ankabut. Ia juga sebagai sebahagian pentafsiran kepada ayat keenam surah al-Fatihah.

“ Tunjukkanlah kepada kami jalanMu yang lurus”..


Jalan yang lurus hanyalah satu. Jalan yang telah dilalui oleh para nabi, siddiqin (golongan yang melaksanakan janji mereka kepada Allah) golongan yang mendapat gelaran syuhada’ dan orang-orang soleh yang sentiasa membuat kebajikan.

Mujahadah syarat mendapat petunjuk.

Hidayah atau petunjuk Allah hanya diberikan kepada sesiapa yang sanggup bermujahadah ; berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggungjawab agama iaitu tanggungjawab melaksanakan tuntunan keimanan dan amal-amal soleh.

Berasaskan hakikat ini Allah Azza wa Jalla membimbing Rasulullah s.a.w. dalam membuat perubahan dalam diri sahabat r.a. daripada Jahiliyyah kepada Islam melalui proses tazkiyyah (menyucikan diri daripada aqidah yang sesat dan akhlak yang buruk) dan tarbiyyah (mempelajari dan membina keimanan yang sebenar dan membentuk perilaku yang terpuji dalam diri) dengan cara bermujahadah.

Mereka bermujahadah melawan kejahilan dengan berlumba-lumba menghadiri majlis ilmu bersama Rasulullah s.a.w. Mereka bermujahadah membersihkan akhlak-akhlak mazmumah dengan mengisi dengan akhlak mahmudah dengan sentiasa membaca al-quran, berqiamullail dan bersabar menahan tentangan kafir Quraisy.

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَاب وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Al-Jumu’ah [62:2]

”Dialah yang mengutuskan dalam kalangan orang-orang ( Arab) yang ummiyyin (tidak tahu menulis dan membaca) seorang rasul ( nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah ( Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan) dan membersihkan mereka daripada i’tiqad yang sesat, serta mengajarkan mereka kitab Allah ( al-Quran ) dan Hikmah ( pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syara’) . Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi itu adalah dalam kesesatan yang nyata;” ( Ibid: m.s.1507)

Mujahadah asas perubahan.

Metodologi merubah manusia yang dilakukan oleh nabi s.a.w. ialah dengan memastikan para sahabat membersihkan jahiliyyah i’tiqad dan akhlak dalam diri dengan menuntut ilmu, membina iman dan akhlak mahmudah melalui bermujahadah nafsu untuk menuntut ilmu, mujahadah nafsu untuk melakukan ibadah khusus kepada Allah seperti qiamullail dan membaca al-Quran dan mujahadah diri untuk melakukan amal-amal soleh seperti bersedakah, berdakwah dan membimbing sahabat-sahabat yang baru memeluk Islam.

Dalam muqaddimah surah al-Ankabut ini Allah menjelaskan tentang hakikat kehidupan didunia, hakikat keimanan dan amal-amal soleh.

Dunia pentas ujian dan Akhirat tempat pembalasan

. أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (29:2)

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: kami telah beriman? Sedangkan mereka tidak diuji ( dengan sesuatu cubaan).

Hidup di dunia sebagai tempat ujian merupakan hakikat kehidupan yang sebenar di dunia ini. Inilah sunnatullah dan kehendak Allah yang tidak ada sesiapapun terlepas daripadanya. Umat-umat terdahulu dikalangan para nabi diuji untuk beriman kepada Allah, beramal soleh dengan mengajak manusia agar beriman dan melakukan kerja-kerja kebajikan. Ujian hidup ini menjadi pengukur dalam membuktikan siapakah golongan yang beriman dan siapakah golongan yang kufur dan munafik.

Mujahadah syarat kejayaan.

Untuk memastikan kejayaan dalam mengharungi ujian Allah ini manusia perlu beriman dan bermujahadah bagi melakukan amal-amal soleh dan bersabar menanggung kesakitan berdakwah dan berjihad dijalan Allah.

وَمَن جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (29:6)

” Dan sesiapa yang berjuang (untuk menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun daripada sekelian makhluk.)”

Bermujahadah merupakan sifat terpenting yang perlu ada kepada sesiapa yang ingin mendapat hidayah Allah, ingin memantapkan keyakinan dan keimanan di dalam hati, ingin membentuk sifat-sifat dan akhlak unggul dalam diri dan inginkan kejayaan hakiki di akhirat nanti.

Gelaran mujahid dan mendapat pahala sebagai syahid merupakan setinggi-tinggi gelaran yang diimpikan oleh setiap orang yang beriman. Ia merupakan pengiktirafan Allah terhadap penerimaanNya terhadap ucapan Syahadah yang diucapkan oleh seorang yang beriman.

Dalam surah al-`Ankabut ini Allah menceritakan kisah para nabi yang berjihad dan bermujahadah melakukan amal soleh yang kemuncaknya ialah berjihad menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Jalan para nabi inilah menjadi jalan yang lurus, jalan golongan yang mendapat hidayah Allah yang perlu dilalui oleh setiap orang yang beriman.

Meninggalkan Jihad sifat munafik.

Sikap berdiam diri terhadap maksiat dan kemungkaran, meninggalkan golongan yang berdakwah ke Allah dan tidak memberi sokongan kepada usaha mereka lebih hampir kepada ciri-ciri seorang yang munafik dan berpura-pura beriman kepada Allah.

Golongan ini lebih mementingkan kerehatan hidup di dunia, mementingkan keredaan manusia yang kafir dan fasik dan melupai kehidupan sbenar dinegeri akhirat.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ وَلَئِن جَاء نَصْرٌ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ (29:10)

“ Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata : ”kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab Allah ( lalu dia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu mereka sudah tentu akan berkata; ”kami sentiasa bersama kamu” ( Mengapa mereka berdusta) Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terpendam di dalam hati sekelian makhluk”


Bermujahdahlah

Tentanglah nafsumu

Lawanlah kejahilan dengan cahaya ilmu

Cahaya keimanan

Cahaya kesabaran

Berjuanglah bersama orang yang berjuang.

Kejayaan bukan dengan merentas benua

Tetapi,

pisahkanlah nafsumu darimu selangkah.

Akan tercapailah maksudmu.

*kita bukanlah pejuang jika tidak berkorban..
dan kita bukanlah berkorban jika kita tidak berjuang...

MUJAHADAH ITU PAHIT..KERANA SYURGA ITU MANIS...

surah al-Fatihah..

BISMILLAH...

Alhamdulillah..semalam dapat ilmu baru lagi..walaupun dah tahu..tapi peringatan ustaz menambahkan lagi pengukuhan terhadap ilmu tersebut....

semalam ustaz ajar surah al-Fatihah..walaupun kita semua dah tahu...tapi sebenarnya ada banyak perkara lagi yang belum pasti kita sudah tahu...MACAM MANA tu???


1-sebenarnya al-Fatihah ada 7 ayat..sebab termasuk dengan bismillahirrahmanirrahim. cuba bayangkan kalau kita baca al-fatihah tanpa bismillah..nauzubillah..solat kita tak sah..kenapa??
bukankah al-Fatihah tu salah satu rukun solat..kalau silap baca,tertinggal satu rukun solat, tak sah solat kita..nauzubillah..

2-bacaan dalam al-fatihah..
i.kita baca al-ham-du-lillah tau...bukannya ala-ham-du-lillah.. sebab berdasarkan pengalaman ustaz, dia penah dengar orang baca ala-ham-du-lillah...dan sebutan al-ham tu pun kena tekan sikit...sebab huruf ha' tu makhrajnya kat kerongkong...kalau ha simpul, sebutannya lembut sikit...cuba kita gelak "hahahah"..tu analogi sebutan untuk ha' simpul na...
ii.pastu..ih-di-nassiratul-...bukan eh-di-nassiratul- na...ada beza tu antara ih dan juga eh...
iii.bacaan an-a'm-tu..bukan ana-a'm-tu...

dan macam2 lagi...

untuk lebih penerangan..cuba klik di sini..

semoga dapat bermanfaat sama2...