Saturday, May 28, 2011
KEHiDupAn DI ABM...
Sunday, May 1, 2011
...:: UJIAN ::..
Bermulanya dengan tangisan pertama, hingga keluhan terakhir, setiap yang punya akal akan dinilai. Penilaian yang tertakluk pada kudrat dan iradat Allah ini, tidak siapa yang dapat katakan 'henti' kerana ia ialah ujian yang tidak kelihatan pada nilai zahir. Cuma nurani yang jernih sahaja mampu menilai.
Saudaraku.
Kita sering terlupa bahawa memang hidup ini ialah satu ujian. Saat kita gagal, ia ujian. Saat kita cemerlang, itu ujian. Saat kita menang, itu ujian dan saat kita gagal, itu juga ujian. Maka, setiap keluhan dan sorak gembira punya markah dan nilai yang signifikan.
Jika pernah kalian melihat bagaimana kalian memanjat tangga, maka kalian akan ketahuan bahawa ia sama seperti dunia yang sedang kalian hadapi ini. Di hujung tangga ialah syurga. Layaklah... kerana ia ialah tempat yang tinggi dan terpelihara. Kita bermula dari bawah. Satu per satu anak tangga kita daki.
Tangga pertama...
Tangga kedua....
Tangga ketiga...
Seterusnya.
Itulah letaknya ujian. Ujian yang bertingkat-tingkat. Tahapannya tidak sama, bahkan meningkat dan penuh variasi yang curiga serta sulit pula.
Jika ditakdirkan Allah kita selamat pada ujian yang pertama, bagaimanakah mungkin boleh untuk kita melebarkan senyum walhal yang menanti di sana ialah ujian kedua?
Keluhan.
Jika mahu mengeluh, itu bukan cara. Jika mahu menangis, itu juga bukan yang dididik. Yang utama, basahkan diri dengan sifat taqwa. Biarkan sifat itu bertakhta utuh. Biar! Biar sahaja dirimu bermandikan taqwa kerana sesudah itu, tiada kekesalan lagi!
Lihat dengan mata hati. Apa tujuan kamu diuji?
Allah menguji manusia kerana mahu kita melangkah ke atas. Jika tiada ujian, kita tidak akan sudi untuk ke atas. Jika tiada ujian, tidak ketahuan siapa yang manuju syurga dan siapa pula mencari neraka. Jika tidak didatangkan ujian juga, bagaimana mungkin hamba dapat bermanja dengan Tuhannya?
Dan jika tiada ujian juga... untuk apa kita hidup?
Kerana tujuan didatangkan kita ke dunia adalah untuk ibadah tanpa syirik yang bertali, maka wajarlah respon kita kepada ujian-Nya menjadi ibadah.
Saat perempuan cantik mendatangi, itu bererti ujian sedang bertandang.
Saat kesukaran menghimpit, itu tanda ujian.
Saat kejayaan datang bertimpa, itu juga sebutir berlian yang menguji.
Kepada siapa kamu meminta tolong, dan bagaimana caranya kamu mencari solusi?
"Kepada Engkau kami berserah dan kepada Engkau kami mohon pertolongan"
Seharusnya, respon kita saat diuji ialah begini, kerana kita tahu bahawa ujian itu datang dari-Nya dan dari-Nya juga datanglah penawar dan solusi.
Kesimpulan.
Allah sedang menguji kita dan ujian itu sifatnya mutlak. Setiap saat kita dalam hidup ini ialah ujian. Maka, berusahalah untuk meletakkan syurga sebagai puncak, kerana hanya dengan itu barulah diri ini punya kekuatan untuk melonjak lebih ke hadapan.
Dan satu lagi anak tangga dipijak... memanjangkan hujung sebuah ujian Ilahi
Friday, April 8, 2011
::[ KEINDAHAN MATEMATIK ]::
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini
101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
Serta
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
Thursday, March 31, 2011
Tuhan... Mengapa aku?
Wednesday, March 23, 2011
MAK AYAH
Alhamdulillah..semalam Allah beri kesempatan untuk telefon ayah.. menanyakan khabar mereka berdua...Alhamdulillah..kedua2nya sihat..ayah cakap mak dalam progress pembaikan.. ayah bawa mak berubat secara tradisional... di akhir talian.. ayah berpesan untuk titipkan doa untuk mak..supaya mak cepat sembuh..semoga mak dapat bercakap semula...sebak diri ini mendengar.. menitis air mata...
Sunday, March 6, 2011
Monday, February 7, 2011
Kembali Kepada al-Quran & Hadis...

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan juga kepada uli amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
