perjalanan yang masih jauh-menuju destinasi yang indah

Saturday, May 28, 2011

KEHiDupAn DI ABM...

bismillah..

alhamdulillah.. kerana masih diberi peluang merawat blog nie yang dah lama tidak disentuh untuk sekelian lamanya...

pada hari ini, sudah hampir 9 hari berpraktikal di bumi ABM..alhamdulillah..
staf2 di sini sangat2lah caring dengan kebajikan kami bertiga.. pada hari pertama sahaja seorang kakak yang amat baik hati, kak Munirah, mengambil berat dengan pemakanan kami.. asyik2 berulang-alik ke bilik kami semata-mata mahu menanyakan kami sudah makan atau belum.. walaupun baru beberapa jam sahaja kmi mengenalinya..namun kemesraan dan layanan yang Kak Munirah berikan seolah2 kami bertiga adalah adiknya... JAZAKILLAH KHAIR kak munirah...

pada hari pertama praktikal, En Roslan, iaitu penyelia kami telah memperkenalkan kami kepada ABM.. kata Fizah, cara dia bercakap sayup2 ja..huhu..agakla... tapi, alhamdulillah.. sekurang2nya kami tak dapat penyelia yang suara lantang macam singa..=)..

setelah tue, kami dipecahkan kepada 3 bahagian.. diri ni lebih memilih untuk ditempatkan di bahagian akaun..manakala fizah dan farhana pulak masing2 ditempatkan di Marketing dan kaunter receptionist...=)

syukur.. semua staf menerima baik kehadiran kami.. sangat2 mesra...sangat2 baik hati... yang best..almost 3/4 staf kat sini adalah kaum sejenis... suka2..

pengalaman bekerja di dalam pejabat agak menyeronokkan..cuma kadang2 diri ni rasa bosan.. sebab melakukan benda yang serupa sahaja pada setiap hari.. kami lebih suka jika diberi tugasan yang berlambak dari melakukan kerja yang sama...tapi..apakan daya... kalau nak bagi lebih kat kami, kami pulak yang mungkin bakal menghadapi masalah..sebab tak banyak ilmu...
tak mengepalah..asalkan boleh dapat pengalaman...

saat malam menjelma... masa nie yang agak kurang digemari.. bukan tak suka dengan masa yang Dia berikan ini..tapi...hurm..
bila diuji dengan masa lapang. diri ini selalu kalah...kalau kat rumah, at least da benda yang nak dibuat dari buat lagho memanjang..tapi...kalau kat hostel ABM nie...apa yang perlu dibuat ya??
selalu jugak kalah dengan keinginan hati untuk turut serta meLAYAN....layan apakah? malu nak nukilkan.. semoga Dia kuatkan hati ini bermula malam nie.. tak nak layan da....=(... Ya Allah..kuatkan lah hati menempuh ujian Masa Lapang yang Kau berikan kepadaku ini...kuatkanlah imannya..amin ya rabb...

saat ini..diri ini sedang berada di kaunter receptionist.. sedang jari2 ini mengetik di keyboard...fikiran sedang melayang bersama mengingati sahabat2..sahabat2 sekolah..sahabat2 plkn..sahabat2 matrik..dan paling diingati sahabat2 di UPSI... xpecially akhwat2fillah yang sangat ku cintai...(kalau ada yang terbaca post nie, ketahuilah...dirimu jua dalam ingatanku)..
mungkkin kerana tautan hati antara kami yang membenihkan kerinduan dalam jiwa ini... Sungguh aku sangat merindui kalian.. diri ini tidak mengharapkan kalian cuba menghubungi diri ini..kerna kutahu...masing2 sibuk dengan tugasan masing2 sebagai Hamba kepadaNya...cuma.. diri ini amat mengharapkan kalian mendoakan semoga Dia memberikan kekuatan iman dalam menempuh segala ujianNya..baik senang mahupun susah... ana amat2 mengharapkan doa2 antuna... sayang kamu ilallah...

sudah jam 10 pagi..masa untuk minum pagi.. insyaAllah.. di lain masa bertemu kembali...

"Orang yang cerdik itu ialah orang yang memperhambakan dirinya untuk persiapan hidup di akhiratnya manakala orang yang lemah ialah orang yang menurut hawa nafsunya tetapi
berangan-angan untuk masuk ke Syurga."

NOTA:
Marilah kita gunakan kesempatan pada hari ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .

1 comment: